Kesimpulan

Melalui kajian ini, kami dapat mengenalpasti serba sedikit mengenai  perayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada perayaan-perayaan yang telah dinyatakan seperti di atas, jelaslah menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai keunikan yang terunggul kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

            Seperti kata pepatah ‘‘bersatu teguh, bercerai roboh’’, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia demi kesejahteraan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Thaipusam

Hari Gawai

Hari Raya Aidiladha