Posts

Showing posts from 2017
MAZLINA SHARMILA BT MOHD SHUHAIMAI (02DTM15F1059) NUR SAKIRA BT ABDUL AZIZ (02DTM15F1074) SITI SARAH NAJIBAH BT ZALI (02DTM15F1075) NOR AMNI SYAFIQAH BT MALIK (02DTM15F1033) NURUL SHAZWANI BT RAZAK (02DTM15F1133) NUR SYAFFA BT BAHADOR (02DTM15F1098)

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa agama,makanan dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,cina india dan sebagainya Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik,seperti perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu. Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit. Disamping  itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Hari Raya Aidiladha

Image
Hari Raya Aidiladha  ( bahasa Arab : عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha),  Hari Raya Korban  atau  Hari Raya Haji  merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap  1 Syawal . Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan  Zulhijjah  setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil  Hari Tasyrik .

Hari Gawai

Image
Hari Gawai Dayak  merupakan pesta tahunan yang disambut oleh  orang Dayak  di  Sarawak , Malaysia  dan  Kalimantan Barat ,  Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di  Sarawak  dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957. Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai  Hari Sarawak  dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik. Pada 1 Jun 1963, Datuk Michael Buma, anak jati Betong, menganjurkan sambutan Hari Gawai Dayak yang pertama di rumahnya di  Siol Kandis ,  Kuching . Pada 25 September 1964,  Hari Sarawak  telah diwartakan sebagai cuti umum bagi memaklumkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Cuti umum ini mula disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan, hasrat dan harapan komuniti Dayak. Pesta ini disambut sebagai 

Hari Thaipusam

Image
Hari Thaipusam  merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu,  Dewa Murugan  atau juga dikenali sebagai  Dewa Subramaniam . Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam  zodiak Cancer .

Hari Natal

Image
Hari Krismas  atau juga dikenali sebagai  Hari Natal  ( Bahasa Inggeris :  Christmas ), adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian , disambut setiap tahun pada tarikh  25 Disember  bagi memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah tarikh kelahiranNya))  Jesus dari Nazareth , pengasas ajaran Kristian. Menurut  Kitab Bible Perjanjian Baru , Jesus dilahirkan oleh  Maria (Virgin Mary) di  Jurusalem . Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama  Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur  Raja David , yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa  Adam  ( original sin ).

Tahun Baru Cina

Image
Chinese New Year , also known as the "Spring Festival"  ( simplified Chinese : 春节; traditional Chinese : 春節;  Pinyin :  Chūn Jié ) in modern China, is an important Chinese festival celebrated at the turn of the traditional lunisolar  Chinese calendar . Celebrations traditionally run from the evening preceding the first day, to the  Lantern Festival on the 15th day of the first calendar month. The first day of the New Year falls on the new moon between 21 Jan and 20 Feb. In 2017, the first day of the Chinese New Year was on Saturday, 28 January, initiating the  year of the Rooster .

Hari Deepavali

Image
Hari Deepavali  yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan. Selain itu, "kolam" yang dibuat daripada bijiran pelbagai warna dan melambangkan penyembahan dewa Lakshmi akan dilakarkan di pintu rumah mereka. Pada pagi Hari Deepvali,setiap daripada ahli keluarga akan menyapu minyak diatas rambut lalu mereka mandi.

Hari Raya Adilfitri

Image
Hari Raya Aidilfitri  ( Bahasa Arab :  عيد الفطر ‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal  tahun  Hijrah . Perayaan tersebut juga dikenali sebagai  Hari Raya Puasa ,  Hari Raya Fitrah  atau  Hari Lebaran . Hari Raya Aidilfitri merupakan  perayaan  yang dirayakan oleh umat  Islam  di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada  Arab ,  Inggeris ,  Melayu , India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan  Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban . Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak  bulan ) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan  Syawal , iaitu bulan ke-10 dalam  Takwim Hijrah  Islam. Di  Malaysia , anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada

Kesimpulan

Melalui kajian ini, kami dapat mengenalpasti serba sedikit mengenai  perayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada perayaan-perayaan yang telah dinyatakan seperti di atas, jelaslah menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai keunikan yang terunggul kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.             Seperti kata pepatah ‘‘bersatu teguh, bercerai roboh’’, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia demi kesejahteraan bersama.

Lampiran

Image

Rujukan

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Krismas