MAZLINA SHARMILA BT MOHD SHUHAIMAI (02DTM15F1059) NUR SAKIRA BT ABDUL AZIZ (02DTM15F1074) SITI SARAH NAJIBAH BT ZALI (02DTM15F1075) NOR AMNI SYAFIQAH BT MALIK (02DTM15F1033) NURUL SHAZWANI BT RAZAK (02DTM15F1133) NUR SYAFFA BT BAHADOR (02DTM15F1098)
Posts
Showing posts from September, 2017
Pengenalan
- Get link
- X
- Other Apps
Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa agama,makanan dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,cina india dan sebagainya Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik,seperti perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu. Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit. Disamping itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Hari Raya Aidiladha
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Raya Aidiladha ( bahasa Arab : عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha), Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik .
Hari Gawai
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak , Malaysia dan Kalimantan Barat , Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957. Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai Hari Sarawak dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik. Pada 1 Jun 1963, Datuk Michael Buma, anak jati Betong, menganjurkan sambutan Hari Gawai Dayak yang pertama di rumahnya di Siol Kandis , Kuching . Pada 25 September 1964, Hari Sarawak telah diwartakan sebagai cuti umum bagi memaklumkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Cuti umum ini mula disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan, hasrat dan harapan komuniti Dayak. Pesta ini disambut sebagai
Hari Thaipusam
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam . Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer .
Hari Natal
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal ( Bahasa Inggeris : Christmas ), adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian , disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah tarikh kelahiranNya)) Jesus dari Nazareth , pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru , Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem . Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David , yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam ( original sin ).
Tahun Baru Cina
- Get link
- X
- Other Apps
Chinese New Year , also known as the "Spring Festival" ( simplified Chinese : 春节; traditional Chinese : 春節; Pinyin : Chūn Jié ) in modern China, is an important Chinese festival celebrated at the turn of the traditional lunisolar Chinese calendar . Celebrations traditionally run from the evening preceding the first day, to the Lantern Festival on the 15th day of the first calendar month. The first day of the New Year falls on the new moon between 21 Jan and 20 Feb. In 2017, the first day of the Chinese New Year was on Saturday, 28 January, initiating the year of the Rooster .
Hari Deepavali
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan. Selain itu, "kolam" yang dibuat daripada bijiran pelbagai warna dan melambangkan penyembahan dewa Lakshmi akan dilakarkan di pintu rumah mereka. Pada pagi Hari Deepvali,setiap daripada ahli keluarga akan menyapu minyak diatas rambut lalu mereka mandi.
Hari Raya Adilfitri
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Raya Aidilfitri ( Bahasa Arab : عيد الفطر ; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah . Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa , Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran . Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab , Inggeris , Melayu , India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban . Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan ) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal , iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia , anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
Kesimpulan
- Get link
- X
- Other Apps
Melalui kajian ini, kami dapat mengenalpasti serba sedikit mengenai perayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada perayaan-perayaan yang telah dinyatakan seperti di atas, jelaslah menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai keunikan yang terunggul kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Seperti kata pepatah ‘‘bersatu teguh, bercerai roboh’’, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia demi kesejahteraan bersama.