Posts

Hari Deepavali

Image
Hari Deepavali  yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan. Selain itu, "kolam" yang dibuat daripada bijiran pelbagai warna dan melambangkan penyembahan dewa Lakshmi akan dilakarkan di pintu rumah mereka. Pada pagi Hari Deepvali,setiap daripada ahli keluarga akan menyapu minyak diatas rambut lalu mereka mandi.

Hari Raya Adilfitri

Image
Hari Raya Aidilfitri  ( Bahasa Arab :  عيد الفطر ‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal  tahun  Hijrah . Perayaan tersebut juga dikenali sebagai  Hari Raya Puasa ,  Hari Raya Fitrah  atau  Hari Lebaran . Hari Raya Aidilfitri merupakan  perayaan  yang dirayakan oleh umat  Islam  di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada  Arab ,  Inggeris ,  Melayu , India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan  Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban . Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak  bulan ) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bula...

Kesimpulan

Melalui kajian ini, kami dapat mengenalpasti serba sedikit mengenai  perayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada perayaan-perayaan yang telah dinyatakan seperti di atas, jelaslah menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai keunikan yang terunggul kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.             Seperti kata pepatah ‘‘bersatu teguh, bercerai roboh’’, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia demi kesejahteraan bersama.

Lampiran

Image

Rujukan

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Krismas